Slideshow

Friday 14 October 2011

JOM RELEASE TENSEN!!!!

Mak Minah dan Pak Mamat mempunyai 4 orang anak gadis yang sudah dewasa iaitu SITI, MURNI, SERI, dan MELATI.
Pada suatu hari Mak Minah & Pak Mamat berbincang dengan kesemua anak2 mereka yang mereka berhasrat untuk mengahwinkan keempat-empat anak mereka secara serentak. Anak2 Mak Minah & Pak Mamat akhirnya bersetuju dan kesemua mereka dinikahkan serentak dan diraikan dalam majlis yang sangat meriah.

Selesai majlis perkahwinan kesemua pengantin baru pun berhasrat untuk pergi berbulan madu. SITI berbulan madu di Pulau Langkawi, MURNI pergi ke Pulau Pangkor, SERI pula ke Pulau Tioman dan MELATI memilih untuk Pulau Perhentian.

Sebelum berangkat Mak Minah dan Pak Mamat berpesan pada ke-empat2 anak perempuannya,

" Nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah nyer. Ceritakan bagaimana pengalaman bulan madu kamu. Tak perlu cerita panjang lebar. Hanya pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Lebih ringkas, padat dan cepat. Tak perlu buang banyak masa kamu." Pesan mak Minah panjang lebar.

Seminggu kemudian mereka menerima surat dari SITI yang hanya tertulis "KFC". Mak Minah & Pak Mamat pun menyelak surat khabar tercari2 iklan KFC untuk melihat apakah tag line mereka. Bila berjumpa iklan tersebut tersenyum lebarlah mereka berdua kerana tag line KFC adalah "SEHINGGA MENJILAT JARI!!!". tahulah mereka bahawa SITI sedang berbahagia.....

Esoknya mereka berdua menerima surat dari MURNI pula yang tertulis "PEPSI". Mereka pun berlumba-lumba mencari iklan PEPSi didalam surat khbar... Segera mereka tersenyum kerna pada iklan tersebut tertulis "NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR!!!!" Bahagia juga si MURNI.....

Selang sehari mereka menerima surat dari SERI pula. Pada surat SERI tertulis "STANDARD CHARTERED". Mereka pun terus membelek surat khabar mereka untuk mencari iklan STANDARD CHARTERED dan mereka sangat senang hati bila membaca BESAR, TEGUH & PERAMAH pada iklan tersebut. Syukur, anak2ku tidak salah pilih.....

Mereka kini sangat berharap dapat mendengar khabar dari MELATI pula. Namun dari sehari ke sehari menunggu surat MELATI masih tak sampai. Mak Minah & Pak Mamat risaukan keadaan MELATI kerana 3 org anak perempuan nya sudah mengirim berita tetapi MELATI tidak. Masuk 2 minggu Mak Minah mula menangis meratapi anaknya.... Mereka bercadang untuk membuat laporan polis tentang kehilangan anak keempat mereka.

Setelah TIGA MINGGU berlalu, tiba2 MELATI mengirim berita. Kelam kabut mereka membuka surat berkenaan kerana risaukan MELATI. Mereka terpinga-pinga membaca isi kandungan surat MELATI yg tertulis "AIR ASIA", Mereka tak tahu sama ada nak ketawa, tersenyum atau menangis. Mak Minah bertanya pd Pak Mamat, "Bahagia ker mereka tu bang?" "Ntahlah, saya pun x pasti" kata Pak Mamat.... "Cuba awak ulang balik apa yg dia tertulis pada iklan tu bang" Mak Minah meminta kepastian suaminya.

Pak Mamat pun dengan selambanya terus membaca "7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON STOP!!!!"

Wakakakakakaka!!!!!!!!!!!!



Image Detail

1 comment: