Slideshow

Tuesday 27 September 2011

PERKAHWINAN WAN & DINA



GANG MERAH..HUHUHU
Sekitar majlis perkahwinan Dina,pic ni aku snap guna hp jer xbw kamera.
Meriah keluarga ni dan yg pasti xsombong,bersm diaorg aku xterasa asing.
Cuma ada lah sowang dua yg nmpk mcm xsuka kuwujudan aku,tp think positif
xsume org suka pd kita..sdgkan diri kita sndiri pun xkan suka pd semua org.
Semua ahli keluarga Dina ni very sporting.Aku doakan utk Dina dan suami
"semoga kekal bhgia selalu" dan bt keluarga domonations (gang merah)"semoga
sentiasa happy dan always support each other"..daaaa xnak tulis lebih2 sbb aku
masih orang asing dlm keluarga ni..terima kasih semua krn terima aku seadanya.
»»  seterusnya

Wedding Dina & Wan




UCAPAN DARI AKU UTK DINA (anak mak induk)

SELAMAT PENGANTIN BARU DINA DAN WAN...
WLU KITA XPRNAH ADA PELUANG UTK BERKENALAN
TAPI KAK FARRA BERSYUKUR SBB DPT KENAL DINA
DAN KELUARGA YG XPERNAH MENGANGGAP KAK FARRA
SEPERTI ORG ASING..
DOA KAK FARRA MOGA HUBUNGAN SUAMI ISTERI NI
BERKEKAL HINGGA KE HUJUNG NYAWA DAN DAPAT BABY
COMEL2 MCM AKAK..HAHAHAHA (JUST KIDDING).
»»  seterusnya

Friday 23 September 2011

Pabila Sahabat Baik Menjadi Kekasih



Bila kawan jadi kekasih???
Kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya,
tiba-tiba membuatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta.
Adakah hubungan ini akan berjalan dengan lancar? 
JIKA dahulu, kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, 
sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia 
mendengar masalah anda, kini lain pula situasinya.
Apa yang berlaku kini ialah situasi yang dilalui kamu berdua 
tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi 
yang memuntahkan laharnya. 
Kawan yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa 
kini bertukar menjadi kekasih istimewa kamu.
Persoalannya, adakah hubungan kamu akan berjalan dengan lancar 
sekiranya bercinta dengan sahabat sendiri?
Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti kamu?
Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?
Begitulah yang akan berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu 
mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya.
Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, 
sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim.
Takut nanti, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.
Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan 
mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan.
Sekiranya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-membenci, 
kamu harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Kelebihan
1-Kamu harus menyukai seluruh peribadinya. 
Kamu juga perlu tahu bagaimana perubahan hatinya, 
apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta
dengan kamu ,dan apakah perkara yang perlu dihindari.
2-Kamu sanggup melewati suka dan duka bersama, 
tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi
 berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu.
3-Kamu mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. 
Yang pasti, kamu seharusnya mempunyai nilai-nilai positif
 yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua belah pihak.



Kekurangan
1-Memandangkan kamu berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, 
maka tiada lagi hal-hal yang boleh membuatkan kamu perlu bertanya
 atau mencipta keterujaan.
 Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.
2-Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat.
 Tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina
 bertukar menjadi kekasih.
3-Malah sikap seperti cemburu dan syak wasangka yang melampau 
mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia 
yang dahulunya hanya seorang teman biasa.
4-Sebagai sahabat, hubungan kamu berdua dilihat bertambah baik, 
tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. 
Kamu akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik.
Dan siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila 
dia yang menjadi topik pembicaraan kamu?

Risiko bercinta dengan sahabat?
Daripada segi pro dan kontra yang telah disenaraikan, 
aspek kontra lebih berkemungkinan membawa kamu ke arah kehancuran
sebuah persahabatan yang begitu indah.
Kamu merasakan telah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, 
tetapi sebagai kekasih segalanya akan berubah.
Sementara aspek lain pula, terdapat risiko yang harus kamu hadapi apabila
berterus-terang mengenai perasaan. 
Jangan meluahkan perasaan ini kerana ia akan muncul 
sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.
Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya.
Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. 
Ingat, kamu tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap kamu 
sekiranya kamu takut untuk cuba bertanya sendiri.
Apabila kamu berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, 
mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan,
tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan. 

 SAYA DAH JATUH CINTA PADA KAMU BEREMPAT..I LOVE U <3
»»  seterusnya

~MELEPASKAN RASA CINTA ITU LEBIH BAIK DARI MERANA~


Jangan bersedih ketika kita kehilangan cinta,tp bersedihla ketika keimanan kita yang hilang..
itulah kita.. lebih memberi keutamaan pada cinta sesama manusia sdgkan bukan itu yang sbnrnya tujuan kita.
Cinta membawa maksud pengertian yg berbeza dan meluas bg setiap org dan selalu memberi tafsiran mengikut apa yang dirasainya.
Menyintai seseorg tdk semestinya akan memiliki dirinya...Dan maksud cinta itu sndiri,kita akan melakukan apa sahaja demi utk melihat kebahgiaan si dia wlupun kdg kita terpaksa mengorbankan jiwa kita...
Dan adakalanya kita harus berhenti menyintai seseorg dan membiarkan cinta kita itu menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup kita..Kadang kita perlu menerima hakikat jika tiada jodoh di antara kita, dan dia seharusnya lepaskan dan lupakan cinta itu kerana lebih baik dr memberi harapan pd hati kita...
Sedangkan kita tahu dan menyedari,bahawa org yg kita cintai lebih bahagia bersm insan lain..Masa depannya lebih terjamin,mengapa kita terus menyiksa diri kita menanti dan menunggu satu kemungkinan yang pastinya akan sia-sia kita lakukan.
Usahla kita memberi satu keyakinan palsu pd diri sendiri.Demi menyedapkan rasa supaya bertahan dan menunggu cinta itu mekar dan di balas dgn cinta jua..Demi utk bersm insan yg kita rskan perasaan yg hadir itu cinta tp kita terus merosakkan diri kita..Merosakkan masa dan membazirkan waktu-waktu yang berlalu tanpa menerima cinta yang lain,seolah2 tiada mata utk memandang hati ikhlas yg boleh menerima kita seadanya.
Sedangkan umur kita tidak berhenti begitu saja,terus berjalan tnpa menunggu kita.Dan sedang kini kita masih menyendiri keseorangan dan sunyi yang berpanjangan..Cubalah menerima kenyataan si dia bukan lagu utk kita.
Amat sukar utk melupakan seseorg yg pernah bhgia bersm..Utk melupakan semua kenangan suka duka itu tidak mungkin tp kita harus tabah dan akur akan hakikat yg telah kita terima..Kadang kala bicara tentang cinta memang mudah tp bg mereka yg melalui saat getir ini amat susah utk menghadapi.
Berbicara ttg cinta mmg mudah..Cinta itu segalanya indah,tp ramai jua merasa pahitnya cinta..Bagi utk melupakan cinta dlm hati mmg perit bg yang mahu melepaskannya..Tapi percylah cinta bukan segalanya..
Janganlah sesekali kita mengatakan tdk mahu bercinta lagi atas krn kekecewaan yg pernah kita lalui,berdoalah tawakalah krn sinar cahaya akan berada bersm kt sikit masa lagi.........





*kini aku redha kehilangannya,dan aku tahu dia sdg bahaga malah aku tidak rs cemburu krn dia sbnrnya bukan cinta yg sbnr2 cinta dlm hidup aku~farra~



»»  seterusnya

MELEPASKAN KEEGOAN



Manusia memang pada dasarnya ego, suka mementingkan diri sendiri. Egoisme merupakan suatu kejahatan dan dipandang sebagai pelanggaran moral kerana ia selalu mengabaikan kepentingan orang lain. Ego membuatkan manusia jauh dari kebenaran dan menyimpang dari petunjuk Tuhan. Ego dipandang sebagai penjara (belenggu) untuk manusia.
Ego ini  menjadi persoalan serius ketika ia cenderung untuk  menjadi hedonistik. Kebahagiaan dan kepentingan peribadi diterjemahkan  sebagai kenikmatan fizikal. Yang baik adalah difahami sebagai  kesenangan atau kenikmatan.
Kerana itu, tindakan yang baik  diertikan sebagai tindakan yang bertujuan memperolehi kenikmatan dan menghindari penderitaan. Akibatnya, segala macam cara digunakan oleh orang yang menganut “fahaman”  ini untuk memperolehi kenikmatan untuk dirinya dan menghindari perkara yang tidak seronok.
Itulah EGO..
Pernahkah anda merasakan kegelisahan hati dan jiwa? Seperti  tidak tahu apa yang harus dibuat, sedangkan kerja sebenarnya bertimbun dihadapan anda.
Pernahkah anda merasakan beban hidup yang terasa berat dan mencengkam jiwa anda, sedangkan anda merasakan tidak tahu bagaimana mengurangkannya?
Pernahkah anda merasakan tekanan dan kesempitan ekonomi yang menghalang setiap langkah kehidupan anda, tubuh anda terasa longlai, tidak tahu harus melangkah kemana?
Pernahkan anda merasakan kegelisahan hati yang mendalam, tubuh bergeletar dan semuanya menjadi serba tak kena? Jika perkara ini menimpa anda, bererti anda dalam kegelapan cahaya hati kerana diliputi keegoan yang sangat tinggi.
Oleh itu, bagaimana cara mengawal ego kita?
Tanggalkan kesombongan hati dengan sikap rendah hati. Tiada patut disombongkan oleh manusia dalam hidup ini. Buangkan dengki dan gantikan dengan cinta dan kasih sayang. Hapuskan takabbur dan gantikan dengan kesedaran diri sebagai hamba dan abdi Tuhan semata.
Buanglah  prasangka negatif dengan mengembangkan sikap positif dalam setiap langkah kaki ke depan. Hindaril prinsip hidup yang salah dengan kembali dalam kejernihan jati diri  dari hati.
Kalau anda menginginkan yang baik, buatlah diri anda jadi lebih baik. Jika anda ingin meraih cita-cita, buatlah diri anda menjadi ideal. Anda ingin mempunyai kawan yang lebih baik, maka jadikan diri anda sahabat yang lebih baik.
Jika anda ingin bekerjasama dengan orang yang mempunyai nilai, maka  jadikan diri anda sendiri lebih bernilai. Kalau anda ingin berurusan dengan orang yang kompromi, buatlah diri anda menjadi lebih kompromi. Kalau anda ingin berada di dalam pelbagai keadaan yang lebih menyenangkan, buatlah diri anda sendiri menjadi lebih menyenangkan.
Jika anda ingin dicintai pasangan hidup anda, maka buatlah diri anda menjadi orang yang mencintainya lebih lagi. Mungkin anda akan bertemu dengan orang-orang yang sukar difahami, namun tetaplah  berikan  yang terbaik, meski itu  tidak akan pernah memuaskan hati semua orang.
Kejayaan dalam hidup tidak akan dapat diraih hanya dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan akal fikiran. Ia lebih daripada itu, iaitu kecerdasan hati  dalam mengawal ego peribadi diri kita. Dan dengan meninggalkan ego diri, percayalah kita akan menuju kehidupan yang lebih baik.
Jadi, marilah kita melepaskan keegoaan kita!
»»  seterusnya

KHAS BUAT SUME KWN2 AKU.....maaf kan salah silap aku spjg pershbtn kita


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

»»  seterusnya

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur



Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)
»»  seterusnya

Thursday 22 September 2011

K E R J A

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
‘Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’
»»  seterusnya

JANGAN BERSEDIH

Jika anda bersedih,mungkin ini dapat membantu:
Ibnu abbas buta,& untuk menghibur hati dia berkata:
jika Allah sudah mengambil cahaya dari kedua-dua mataku
tetapi di dalam nurani & hatiku masih ada cahaya
Hatiku cerdik & akalku tidaklah bengkok
dimulutku ada yang tajam seperti pedang terhunus.
ketika saudara Duraid,Abdullah meninggal dunia;Duraid berkata:
Aku sudah memukul kuda kerananya hingga sedemikian rupa
hingga nampak padaku warna hitam yang pekat
Pukulan seseorang yang membela saudaranya
namun dia tahu bahawa manusia tidak akan kekal
Aku rendahkan emosiku sebab aku tidak mengatakan padanya
engkau bohong dan aku tidak bakhil atas apa yang ada di genggamanku
imam syafie berkata:
Biarkanlah hari-hari melakukan apa yang dia mahu
dan relakan jiwamu jika qadha sudah ditetapkan
Jika qafha sudah turun di tanah suatu kaum
maka tidak ada yang sanggup mencegahnya,tidak juga bumi dan langit
Abul atahiyyah berkata:
Berapa kali sesuatu yang engkau benci datang mengunjungimu yang Allah turunkan namun engkau tidak menyukainya?
Berapa kali kita takut akan kematian,namun ternyata kematian tidak kunjung tiba?
Berapa kali kita menyangka bahawa apa yang datang kepada kita adalah satu ketentuan dan akhir dari segalanya,namun ternyata itu malah semangat baru,kekuatan dan keselamatan?
Berapa kali kita merasa bahawa jalan yang kita lalui menjepit kita,tali yang kita pegang putus,dan bentabgan cakeralewa yang ada di depan mata kita tiba-tiba menjadi gelap,namun ternyata yang berlaku adalah kemenangan,bantuan,kebaikan dan khabar baik?
"katakanlah:"Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu & dari pelbagai kesusahan"(surah Al-An`am:64)
»»  seterusnya

Tiada Lagi Rasa Cinta


Pernahkah korang rasa di hati korang sudah tiada rasa cinta. memang la korang semua sayangkan family... kawan2... tapi bukan ini yang aku maksudkan. dis is Love for someone yang korang angankan akan jadi pasangan hidup korang.
 Agak2 apa rasanya bila dah tiada cinta dalam hati kita erk! Rasa kosong? rasa keseorangan? rasa kesunyian?
kenapa semua ini berlaku?
 maybe kerana setelah semua harapan dan impian di bina... Yer la sebelum  ni bukan main susah payah lagi kita nak suka/sayang/cintakan seseorang. so, bila dah sayang tu... giler2 la punya sayangnya. lautan api sanggup direnangi, hujan panas sanggup diredahi. alih2 kasih putus di tengah jalan. Hancur berkecai semua angan2. 
 Mungkin jugak kerana suasana or rasa hangatnya bercinta tu  dah takder. Semua rasa tu dah hilang bersama peredaran masa. Hilang kerana terlalu bosan and terlalu kecewa dengan pasangan. Tak semestinya kecewa sebab si dia dah beralih arah. tapi mungkin juga kecewa dengan sikap dan perangai pasangan yang semakin lama semakin tak menepati piawaian hidup kita. atau juga kerana semakin lama semakin tiada persefahaman antara kita.
 Bosannya bila rasa cinta itu dah tiada. what ever happened, happened! just go with the flow. itu je yang mampu dilakukan... kot! jadi, kepada sesiapa yang masih ada rasa cinta... bersyukurlah... biarpun cinta itu berbalas atau tidak, biarpun rasa cinta itu menyusahkan.. atau biarpun korang selalu diduga kerana cinta... sekurang2nya rasa CINTA itu masih ada di hati korang2 semua.

»»  seterusnya

C I N T A ? ? ? ? ?


“Adakah anda merasa SUKA dengan perhubungan itu? Adakah ia membahagiakan anda? Adakah anda merasa diri disayangi dan dicintai?”
– Jika TIDAK, maka itu BUKAN CINTA…SIMPLE!
Cinta amat membahagiakan jika ia benar-benar cinta. Cinta amat menggembirakan…cinta akan membuatkan kita amat teruja dengan pasangan kita. In fact wajah yang suram, apabila melihat kehadiran orang yang dicintainya pun pasti akan berubah ceria.
Bayangkan… hanya dengan kehadiran dia saja tu, kita sudah ceria… belum dibelai mesra, diusap rindu lagi tu hehe.. Syookkk sangat kan? Lepas tu berkahwin, dan dapat zuriat… pergghhh lagilah sayang dan cinta sesangat sehingga ia membuatkan kita rasa ALIVED!
Bila tak dapat berjumpa pula, punya lah rindu… rindu serindu, rindunya. Tambah lama tak dapat bercakap… aduuhhhh senak dada nihhh… dan bila dapat bercakap kat phone je ni, aduhhh “I miss you soooooo much!” kata dia, kita pun “Ya Allah…. sayaaaaaang you sangat!” Hehe…well, maka itulah cinta beb!
Sometimes bila dah lama tak rasa cinta tu… situasi-situasi tadi bagai tidak pernah kita rasakan, padahal you all ni pernah sangat!… dan sebenar-benarnya, kadang-kadang tu kita yang buat perhubungan itu complicated, padahal ianya sangat simple.. kita yang sengaja anggap ianya confusing dan complex.
In fact selepas baca artikel ni sure masih ada yang kata :-
  • “Cinta itu racun, ia membunuh jiwa dan raga… cinta itu memeningkan, cinta itu complicated, lelaki susah nak faham… wanita membosankan bila terlalu cinta, gua bukan kaki jiwang, tak main lah rindu-rindu…macam-macam lagi lah tanggapan negatif terhadap cinta.”
Sebenarnya, mereka yang berfikiran begini, asalnya adalah mereka yang pernah teruk dikecewakan cinta, pernah gagal dan gagal lagi…which is to me, it’s normal.


The fact is, setiap orang ada yang bernasib baik, ada yang sebaliknya… kebetulan nasib tidak baik so kita bercinta dengan silap orang, lalu…orang yang tidak bertanggung jawab inilah yang membunuh jiwa anda… BUKAN cinta itu! Pasangan anda yang memeningkan anda, mengecewakan hidup anda… BUKAN cinta itu!
Jika anda tanya lagi adakah ini cinta? Definitely I akan jawab itu BUKAN CINTA! Kerana cinta membahagiakan dan membuatkan anda SANGAT SUKA berada di dalam perhubungan itu, Cinta bukan racun yang membunuh!
Sedari satu perkara penting ini :-
  • Anda mungkin sudah bersama dia bertahun-tahun, anda mungkin sudah menjalin hubungan intim dengannya sekian lama, tetapi anda tidak bahagia, anda masih kesepian walaupun anda mempunyai, konon ‘Yang Tercinta’ – obviously anda sebenarnya BELUM BERTEMU CINTA yang sebenar-benarnya cinta.

“Jika ia mengukirkan senyuman di wajah ku walau sudah berzaman lamanya,  jika ia sangat membahagiakan ku setiap kali nafas ku hela, maka itulah CINTA!”

»»  seterusnya

Fahami Dugaan Cinta !!!!!!


1. Kita mengetahui yang kita merindui seseorang apabila jantung kita berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar Hai daripada dia sudah cukup menenangkan hati yang bergelora…
(kita mungkin menaruh hati kepadanya, cuma kita tidak menyedarinya ataupun kita tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan)

2. Jangan jadi terlalu baik, kami akan merinduimu. Jangan terlalu mengambil berat, kami mungkin menyukaimu. Jangan jadi terlalu ’sweet’, kami mungkin jatuh hati kepadamu. Amat sukar untuk kami menyayangimu jika kau tidak mahu membalasnya.
(seseorang yang membuat kita jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi dia)

3.Jika seseorang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kita.
(Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kita, dia akan kembali)

4. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapanmu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kau pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatanmu itu.
(hargai orang yang menyayangimu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas)


5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika kita merasakan sesuatu itu akan membuatkan kita bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
(Masa tidak menunggu kita. Jika kita rasakan kita telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau kita akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan kita benar2 bahagia)


6. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu(don’t be too choosy!)
(kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja)

7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian kita. Dari kalangan yang kita pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari kita walau dimana sahaja kita berada.
(Bahagian 1: orang yang bersama kita ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 kita sayangi) (Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersamamu ketika ini tetapi masih menyayangi kau sepenuh hatinya, fikirkanlah)

8. Cinta itu membuatkan kita gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
(Jika kita bertemu seseorang yang benar2 menghargai kita, maka dia berhak mendapat kasih kita)
9. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
(kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang kita sayang/cintai, kita mestilah membuat dia mempercayai kita dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan kita. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap kita dan jangan ragu-ragu terhadap mereka)

10. Apa kata seseorang memberitahu kita ini Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi kita, jika kita mencintai dia, dia akan ‘court’ (sentiasa cuba memenangi) kita selamanya..
(Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan)

11. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya kita kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
(Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk kita mencubanya terlebih dahulu; kerana jika kita berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika kita tidak mahu/berani mencubanya, kita mungkin akan kehilangan orang yang kita sayang/cintai selamanya)

12. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
(Bukalah pintu hati kita, benarkan orang yang kita sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati)

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila kita bercinta. Ia bukan passport untuk kita difahami; tetapi untuk kita memahami. Ia bukan passport untuk kita mengambil itu dan ini; tetapi untuk kita diambil. Ia adalah untuk kita mendengar; bukan supaya kita didengar. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk kita meminta itu dan ini. Ia bukan untuk kita berkira2 atau mengukur; tetapi untuk kita mencintai

»»  seterusnya

Beza Sahabat,Teman dan Kawan..di mana anda di dalam diri saya ???????


Apakah sebenarnya erti persahabatan itu?apakah persahabatan itu cukup dengan hanya mengenali dan menjadikan seseorang itu sebagai tempat untuk ketawa berkongsi masalah dan bergurau senda?Apa pula perbezaan antara teman,kawan dan sahabat?Bila bertanya soalan ini kepada sekelompok manusia,mesti ada antara mereka akan menjawab..bezanya ialah sebutan ataupun ejaan lantas ada diantara mereka yang akan ketawa terbahak-bahak dengan jawapan mereka sendiri.Mungkin bagi mereka itu jenaka yang amat mengelikan hati.
Bagi aku teman,kawan dan sahabat terdapat makna yang tersendiri.Istilah teman kawan dan sahabat ini berbeza penggunaannya.Mungkin yang membezakan antara tiga istilah itu adalah kekuatan dalam perhubungan.Bagi aku teman adalah orang yang boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka dan masalah.Apakah kenyataan aku ini seolah-olah menyatakan bahawa sahabat tidak seperti itu?Sahabat pula bagi aku adalah seseorang yang boleh memahami diri kita disetiap situasi.Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.Kawan pula adalah seseorang yang sama peranannya seperti teman,cuma mungkin keterikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman.Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan".Kita tidak menggunakan istilah teman makan teman.Jadi,ia menjadi bukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.

Aku terfikir kenapa masyarakat melayu lebih banyak menggunakan istilah teman daripada sahabat.Contohnya teman belajar,teman bermain,teman ketawa?malah istilah teman juga digunakan untuk pasangan hidup iaitu teman hidup.Kita tidak menggunakan istilah sahabat hidup dalam perhubungan antara suami isteri.Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis.Maksudnya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan.Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan.Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama.
Pernah tak masa kecil2 dengar kisah sahabat nabi.Perkataan yang mereka sebut adalah sahabat,mereka tidak pernah menggunakan istilah kawan atau teman nabi.Mungkin waktu itu aku  kecil dan tidak matang lagi tentang istilah-istilah ini maka aku menanamkan dalam benak fikiran aku bahawa tiada beza antara sahabat dan teman.Setelah belajar masukkan dalam minda aku bahawa sahabat-sahabat nabi digelar sahabat kerana itu adalah istilah dalam bahasa arab.Tetapi sekiranya benar begitu kenapa sewaktu kita bercerita tentang kisah hidup nabi bersama para sahabatnya kita tidak menggunakan istilah teman atau kawan?malah didalam bahasa arab juga terdapat kalimah "zamil" yang bermaksud teman(rujukan kamus asri).Mengapa tidak digunakan kalimah "zamil"itu untuk digantikan pada kalimah "sahabat"?
Ketika itu aku merasakan bahawa terdapat perbezaan antara istilah-istilah ini dan boleh aku simpulkan bahawa setiap sahabat adalah teman tetapi setiap teman bukanlah sahabat.Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat berbanding teman ataupun kawan.Adakah masih wujud lagi insan yang mampu bergelar sahabat diwaktu sekarang ini?Atau mungkinkah kalimah "sahabat" itu sepatutnya perlu dihapuskan memandangkan betapa sukarnya mencari seorang sahabat sepertimana layaknya insan-insan yang bergelar sahabat pada zaman Nabi Muhammad dahulu?.
Aku berpandangan bahawa alaqah antara teman,kawan dan sahabat hanyalah disebabkan perkenalan.Perkenalan antara dua individu membuatkan sesuatu hubungan itu dapat dinamakan dengan kalimah "teman","kawan" dan "sahabat" sehinggakan membuatkan kita terkeliru dan menyangka bahawa istilah-istilah tersebut tidak ada beza antara satu sama lain.Sedangkan keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan tiga istilah itu.Wallahualam.

»»  seterusnya