Slideshow

Tuesday, 15 November 2011

4 EVER

jangan menilai kami hanya krn nama ,hanya kami yang tahu kenapa nama ni di beri!!!

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan,
tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah dan bermakna,
Persahabatan sering mengundang beberapa cobaan,
tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cobaan itu bahkan kekal bersama kerananya.

Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi
melahirkan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka,
dihibur,disakiti,diperhatikan,dikecewakan,didengar,diabaikan,dibantu,ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan,
oleh sebab kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.
Sahabat tidak pernah menipu dengan mengiyakan perkara2 yang salah ,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan melihat sahabatnya berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha memelihara dari kesetiaan,
tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan
barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian,
pertolongan dan perasaan kasih dari orang lain,
tetapi ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya,
karena tidak ada persahabatan yang dimulakan dengan sikap egois.

Semua orang pasti menginginkan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan,
namun ada juga yang hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Mempunyai sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang
mementingkan diri sendiri.

»»  seterusnya

Saturday, 29 October 2011

MAKANAN 5 IDIOTS

PANTANG JUMPA MKN MKN DAN MKN TP BUKAN MEMBAZIR TAU!!!
Kitaorg berlima ni klu jumpa sah2 la kat Maulana serdang tempat berkumpul,kdg2 lepak situ je xkemana2 dah smpaikan toke dan pekerja2 maulana kenal sesgt la muka kitaorg..tp bkn nak cite psl maulana nih tp saje nak post makanan2 lazat2 yg kami mkn..huhuhu :)) tapi sapa kami ber5 ni..nnti aku kenal kan sowang2 k..ari ni mood tgk makanan jd sharela dgn kowang makanan kami..


coklat ni fam tempah..cntik sgt..syg nak mkn yg ada nama tu..lama simpan last2 xleh mkn dah...thanks fam..gembira sgt tgk nama kita ber5 ada dlm neh


ni ayam golek pijoy belanja masa bulan pose..sedap menjilat  jari..

ayam penyek..tp ms mkn ayam penyek ni aku,fam dgn pijoy je..kumi ngan ayie keje..PADAN MUKA

ahhh sweet giler apam ni..pijoy belikan..nak lagi nak lagi

ni la fav fam..aku mkn masam2 erkk cejuk pastu mahal nak mampus..bek mkn eskrim kacang 50 sen je..tp rezeki jgn di tolak kan kankan..skali skala mkn xpela berkali2 pokai la jwbnya

nandos..perghh aku mmg suka la sedap giler..ms tu waktu kitaorg berbuka pose sama2

biasala klu big apple ni..fav fam la..suka bebenor beli ni sbb tu kitaorg pun dah macam big apple dah memasing..


huhuhu sedap tp dlm sbulan lps mkn dlm tv kata dah xleh mkn..opss dah termakan sblm tau apa2..yg pasti sodap 

makanan kat murni seksyen bape tak igt dah..

beger kukus ..mula2 mcm nak mkn tp xjd..last2 kitaorg mkn satay tuh..

ni air teh halia..sape lagi minum halia2 ni klu antara kitaorg ber5..kumi la..xabis2 dgn halia..ha amik ko berketul2 halia

mkn steamboat kat flamingo..besh giler

yummi sedapnya..ayie mkn xdulik kat aku dah sbb terlalu sedap

wah lomantik gitu..kononnya..yg pasti fav air aku air tembikai. :)

mkn2 kedai mamak..kitaorg xmemilih..janji kenyang halal alhamdulilah..
ni pijoy ni kadang2 ada saka mkn gak..tp top saka mkn fam la kot


pelik tak tgk mknan ni..kitaorg mmg suka yang pelik..tp sedap..ni pun salah satu mknan kat murni..




ni baru 1/4 je gmbr2 nyer..byk giler lagi tp dlm simpanan diaorg..huhuhu..apa yg pasti syukur dgn rezeki yg tuhan bagi pd kami. :) alhamdulilah..moga dimurahkan rezeki aku dan kawan2.
»»  seterusnya

Tuesday, 25 October 2011

Family ~SALAM PERKENALAN~(EPISOD 1)

Nak kenal2 dgn family aku tak?? erkk xnak..xnak xpelaa...lantak ko la..
pd yang nak mehla skodeng2 gmbr2 family aku neh...
Kita mula dgn semua dulu...  aku ada 8 org adik beradik..6 perempuan 2 lelaki..tapi abg aku sorang dah meninggal dunia kemalangan jalan raya pd hari raya haji yang pertama pd tahun 1987..kini kami tinggal tujuh..sorang lelaki dan 6 perempuan.. :)
Inilah keluarga aku,ramai tak? ermm tp xsume ada neh..ada lagi yang xde..abg yg lelaki abg2 ipar dgn abg aku sndiri of course laa xnak bergambar..nyampah betul..selalu hilang bila org nak bergambar..nak plak abg aku tuh..huh...sabo je la.
pic ni kitaorg amik ms anak buah aku kawin..anak kak long yg kedua dan cucu pertama dlm keluarga aku yg berkahwin.
pic ni xjelas sgtlaa..sory ek..ala skodeng sket sudah la..ye tak?



Inilah  emak aku..al-fatihah utk arwah mak,semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org beriman..
Pic ni amik sebulan sblm mak sakit teruk...rindunya la mak.
Muka aku mcm muka mak tak??? mestila sama kan ,anak mak neh..akak2 aku pun ckp bukan muka je mcm mak...kuat membebel pun mcm mak...hehehe.Dulu masa mak ada pun mak ckp..aku lagi kuat membebel dr mak..xleh lah nak imbas kngn dgn mak wat ms ni..nnti aku nangis non stop..kita buat entry lain nnti keh ttg mak..I LUV U MAK .






Inilah wajah abah..Inilah ayah aku.Abah pun dah pergi tinggalkan aku hampir 8 thn tp rs mcm br smlm..AL-FATIHAH utk arwah abah.moga abah tenang disana..Ramai yg xprnh tgk rupa abah dan rsnya xde yang pernah kot melainkan yg sekampung la..hehehe..org kata muka abah macam sudin dlm cite p.ramlee tu.tinggi abah,bentuk bdn abah malah senyuman abah.Maaf ye kwn2 sbb aku xde pic abah yg ade kaler,sume tinggal kat kampung.cuma pic ni je ada dlm wallet aku..Abah sorang yg sgt sporting,peramah malah kuat sabar,abah penyayang..abah sglnya dlm hidup aku..terlalu singkat masa utk aku luahkan pd abah dan tunjukkan pd abah betapa aku syg abah..aku masih belajar lagi abah dah tinggalkan aku.Abah xpernah jentik,cubit,pukul malah sakiti.abah suka cium dahi aku dan aku suka cium pipi abah.Abah sy syg abah sgt2 sy rindukan abah..hidup sy rs mcm kurang kasih syg bila xde lagi org kucup dahi sy bila sy menangis dan ketawa..ABAH..sy rindu abah.


Ini kak long aku..kak long garang..sume takut dgn dia..rajin cr duit,bisnes mcm2..dgn bisnes kueh leh hidup sng smpai skrg..alhamdulilah..Kak long ada 4 org anak...sume dah besar..kini kak long la mak kak long la ayah...
Ni suami kak long,abg ipar aku india muslim tapi keperibadian dia sgt bgs..taat pd agama,malah leh jd cnth pd suami2 yang ado..pd pndpt aku la..hehehe..Abg ipar aku ni ms muda ensem mcm amitha bachan mukanya sbb tulah akak aku tergoda kot..kui..kui..kui..alhamdulilah kini abg ipar sedikit sebanyak adalah pengganti abah..
gambar kat bwh ni gmbr kak long sekeluarga.. anak sulong yang baju biru lembut tuh,yang baju kuning tu dah kawin..so maknanya aku dah jadi nenek la..hahaha nenek muda..baju kuning tuh sama umur dgn aku..anak kedua kak long aku.yang lelaki yg ketiga,yang bongsu tu baju coklat,belajar kat upsi..arwah sgt syg tuh yang lelaki tuh..mak panggil dia "jantan"kui..kui..kui..dia plak selalu menyakat arwah mak smpaikan satu keluarga ketawa..yang bongsu ni ksygkan semua sbb dia la jaga arwah mak ms mak sakit dan aku kat kl kerja..mandikan bedakkan wan dia dan mcm2la..wan dia syg sgt kat dia..terima kasih aini.
ni pic anak2 kak long aku...1)iena 2) abby  3) anwar  4) aini
ni  family kak ngah dgn anak dia2
Kakak no dua aku ni berckp mmg lemah lembut tp kdg kala xgak ..suka pd seni hiasan...skrg plak suka buat bisnes kecantikkan..pndai amik hati org mgkin sbb cara dia bergaul..klu kita sakit ati kat dia dgr cr dia berckp xjd nak marah.pandai ek susun ayat ek..kak ngah selalu pesan klu nak berjaya dlm hidup kunci dia satu je jgn lawan ckp mak dan abah dlm erti kata jgn derkaha..dia pesan cmtu kat aku sbb aku ni mulut laserrrrrrrrr sket kot..baikla ngah..skrg mak dan abah dah xde..jdnya jgn lawan ckp kowang la kan kan kan..heheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
ni pic aku dgn akak long kakngah dan kak nora..bab2 sume nyer..kak long je kecik
pic terbaru masa raya..aku dgn kakak2 dan anak2 buah perempuan..yg lelaki tu sape??? itulah abg kandung aku..dpt gak tangkap dia ms raya tuh ajak bergambar..hampeh tul susoh sgt nak bergambar..abg bila nak kawin neh?? jwpn dia suh lpskan adik dia yg bongsu dulu..sape tu?? aku la hehehe..jodoh lum smpai.abg kawin la dulu yek..



INILAH BAKAL2 YANG AKAN MENERUSKAN KETURUNAN KAMI..anak2 buah aku la..anak aku dgn abg aku je xde sbb kami masih single..lalalala...tp ni yg besor2 je..yang kecik2 jap lagi..

»»  seterusnya

Monday, 24 October 2011

BUKTI LELAKI JUGA MERUMITKAN...


1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.


»»  seterusnya

KADANG-KADANG.....


kadang2 timbul rasa cemburu bila melihat kemesraannya dengan kawan2,
layanan yg dia berikan pada mereka bila dibandingkan dengan kita....walaupun sebenarnya dia melayan kita dengan baik sekali....tetapi cemburu itu pasti ada...mungkin kita takut hatinya kan berubah ? mungkin kita tak percayakan dia ?
TRUST HIM/HER hubungan mereka sekadar teman...dan kemesraan itu tak sama jika dibndingkn dgn yg dia berikn pd kita

kadang - kadang kita rasa cemburu dan sangsi bila mendengar si dia memanggil seseorg tak kiralah siapa pun dia dengan panggilan " abg " , " akak " , " adik " dan dalam gurauan dia bersahaja memanggil " syg " , " darling " ataupun " dear " sama mcm dia panggil kita ....terbit juga di hati nie adakah dia benar-benar mencintai kita ... adakah dia menduakan kita ? insan yg dia panggil " abg " "akak " " adik " betul ke menganggap dirinya seperti yg dipanggil atau pun mungkin mereka ada menyimpan perasaan kat dia ... sbb biasalah bila ditanya jawapannya pasti " _________  ( abg,akak,adik ) angkat " ..tapi selalunya yg angkat - angkat nie lah akan terangkat  ....
TRUST HIM/HER hubungan mereka sekadar apa yg dipanggil tidak lebih dari itu ...percayakan dia kerana dia mencintai kita..hanya kita di hatinya ...

kadang - kadang kita rindukan dia...tunggu mesej dan panggilan darinya ...dah mesej tp xberbalas dah call tp xangkat....hati  nie risau...apa yg dia buat agaknya...sibuk agaknya..mungkin hp tertinggal ..mungkin hp dalam handbag tapi bila kita online kita nmpk dia pun tengah on9....kita akan rasa dia tak merindui kita seperti mana dia rindukan kita kn betol tak ?

TRUST HIM/HER...rindunya pada kita belum lagi memuncak...dirinya sibuk dengan kerja...main game on9 ...chating etc...Percayakan dia...rindunya hanya pada kita...cuma dia hanya ingin ruang untuk dirinya...kita sepatutnya faham dia pun seperti kita jua perlu ada ruang untuk diri sendiri ,keluarga ,kawan- kawan dan  kerjaya ...jadi fahamilah dirinya dan hormati dirinya

" Percayakan Dia " 
mmg kdg - kdg semua yg di ats timbul dlm hati kita...n even kadang - kadang mengecewakan or menguris perasaan kita tp kita harus berfikiran positif...trust him/her kerna dia mencintai kita...hormati dirinya...dan jangan mengongkong kehidupannya...

" Percayakan Dia "  
kita seharusnya percayakan dia ...seharusnya menjaga hubungan kita dan bukannya merosakkan hubungan kita dengan menimbulkan konflik dengan mengikut perasaan cemburu dan sangsi kita...walhal sebenarnya dia tak seperti apa yg kita fikirkan dia mencintai kita setulusnya .... jadi percayakan dia ...kita cuba menjaga hubungan kita dan selebihnya kita serahkan pada yg Maha Esa..segalanya akan ditunjukkan pada kita ...jika dia benar-benar mencintai kita dia tak akan berlaku curang di belakang kita dan tetap setia dengan kita ...
                                                                   " Percayakan Dia "


copy dari :Lonesome Izz

»»  seterusnya

INSAF sekejap?? besok buat lagi!

Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.

INSAF sekejap?? besok buat lagi!

  


KISAH HANZALAH
Teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.
Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'. Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!

Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.

Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"


Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.
Dalam mendefinasikan perkataan insaf, aku cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!

Taubat Yang Berulang
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.
Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.
Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.
Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.
Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.

Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.
Ya, harus banyak berdoa!

Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.
Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.
»»  seterusnya

Sabar VS Keluh Kesah

Sabar

Sabar dari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bersabarlah kamu  bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas.” (Surah Al-Kahfi 18:28)

Menerusi ayat di atas, bersabar adalah dengan sedaya upaya menahan diri terkeluar daripada kalangan mereka yang beriman, yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Perintah sabar di atas sekali gus sebagai pencegahan daripada keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang yang lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari.” (Riwayat Muslim)

Sememangnya, sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan.


Meskipun sinar matahari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar sedar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibaratnya sifat sabar. Kita memerlukan walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Ternyata sabar itu indah!


Keluh-Kesah

Keluh-kesah berlawanan sifatnya dengan sabar. Mereka yang mempunyai sifat ini kerap mengomel lantaran kerja atau tekanan yang dihadapi walaupun kecil apatah lagi yang besar. Biasanya sifat ini hadir lantaran rapuhnya hubungan dengan Allah s.w.t.

Mereka yang mempunyai hubungan yang baik denga Allah s.w.t. mempunyai hati yang bersangka baik dengan Allah s.w.t. atas setiap dugaan yang berlaku dalam hidupnya. Bebanan hidup yang berat adalah salah satu bentuk ujian Allah kepada manusia. Ujian itu diberi untuk menguji sama ada manusia beroleh syurga atau neraka.

Manusia yang dicipta Allah sifatnya tidak sempurna, tidak berlepas daripada melakukan kesalahan apabila menerima ujian. Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w. juga diuji apabila suatu ketika rasa keberatan melakukan kerja rumah bersendirian tanpa pembantu rumah. Lantas, dia meminta suaminya, Sayidina Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta pembantu rumah.

Permintaan Fatimah itu tidak dapat dipenuhi. Bahkan ia amat membimbangkan Rasulullah s.a.w., kerana aduan itu timbul daripada perasaan keluh-kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Rasulullah s.a.w. bertemu dengan puterinya lalu menasihatkannya supaya membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidur. Selepas itu, Sayidina Ali dan isterinya mengamalkan wirid yang diajar Rasulullah s.a.w. Hasilnya Fatimah mendapati dia tidak lagi berkeluh-kesah dalam menghadapi kerja-kerja seharian yang berat, malah berasa cukup bahagia melakukannya.

Itulah dia ubat yang mujarab dalam menghadapi dugaan dan menjauhkan kita daripada bersifat keluh-kesah. Moga ingatan kita yang tidak berhenti-henti kepada Allah s.w.t. akan menyebabkan kita berasa tenang bahkan bahagia menghadapi kehidupan sehari-hari. InsyaAllah…

»»  seterusnya

Kisah Nabi Ayub a.s


kisah nabi ayub. Nabi Allah yang mana merupakan hambaNya yang paling bersyukur. ini bukan kisah dongeng. ini kisah dari alquran yang diriwayatkan. 

Iblis iri hati kepada nabi ayub yang sentiasa taat dan selalu sahaja bersyukur kepada Allah. Nabi Ayub punya ladang yang amat² luas dan kambing-kambingnya memenuhi lereng² bukit. namun nabi Allah ini tidak pernah lupa untuk bersyukur. 

lalu iblis dengan penuh rasa dengki datang kepada Allah 

"wahai Allah, izinkan aku menguji Ayub ini kerana aku rasa aku rahu kelemahannya" 

maka Allah pun mengizinkan kerana Dia tahu bahawa ayub ini memang hamba yang sangat taat. Iblis pun menghancurkan semua harta² nabi ayub dan membunuh kambing² miliknya dengan izin Allah. 

kata nabi ayub "ya Allah, sesungguhnya semua ini adalah milikmu. jika engkau menghendaki semuanya kembali maka aku redha ya allah" 

iblis sangat tidak berpuas hati dan sekali lagi memohon pada Allah untuk menguji ayub kali kedua. 

nabi ayub punya ramai anak dan isteri yang amat disayangi baginda. setiap kali pulang ke rumah, nabi ayub akan bermain² dengan mereka. dengan izin Allah, iblis pun membunuh kesemua anak² nabi ayub. 

namun kata ayub, "ya Allah, sesungguhnya semua ini adalah milikmu. jika engkau menghendaki semuanya kembali maka aku redha ya allah" 

semakinlah tidak puas hati iblis, sekali lagi meminta pada Allah untuk menguji buat kali ketiganya nabi ayub. dengan izin allah juga, Iblis memberi penyakit kusta kepada nabi Allah ayub ini. diriwayatkan bahawa kulitnya amat buruk terkena penyakit ini, daging-daging di badannya dimakan ulat dan bau nabi ayub masyaallah amat busuk! kesemua isteri nabi ayub lari kecuali seorang sahaja yang masih sanggup dan setia menemani baginda. ketika sujud, ulat² dari kepala baginda jatuh ke lantai dan apabila bangun, Nabi Allah yang mulia ini mengambil ulat² tadi dan diletakkan semula di atas kepalanya. 
Masyaallah!! 

lalu malaikat² yang menyaksikan peristiwa ini bertanya pada nabi ayub 

"wahai nabi allah ayub, kenapa kamu berbuat demikian?' 

jawab ayub,"Aku takut pada hari kiamat nanti, ulat² ini akan mendakwa aku tidak memberi mereka makanan" 

apakah makanan ulat² ini? Daging nabi ayub itu sendiri.. subhanallah.. 

maka malaikat pun beramai² bertemu Allah dan berdoa supaya menyembuhkan penyakit ayub tadi tapi balas Allah 

"Aku hanya akan menyembuhkan penyakit Ayub jika sekiranya Ayub sendiri yang berdoa kepadaKu" 

berita gembira ini dikhabarkan malaikat kepada Nabi ayub. kata ayub,"aku sangat² malu untuk meminta kepada allah. Allah telah berikan aku terlampau banyak nikmat pada jangka masa yang sangat lama. namun azab ini aku terima hanya dalam kadar masa yang pendek" 

namun malaikat tetap merayu supaya berdoa kepada Allah. dan akhirnya nabi allah ini berdoa seperti mana surah Al-anbiya ayat ke 83: 

'Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani' 

dan Allah perkenankan. 

lihatlah doa nabi Allah yang sentiasa bersyukur ini. kenapa tidak baginda berdoa terus supaya allah sembuhkan penyakitnya. bahasa bunga² ini baginda gunakan kerana perasaan malu baginda dengan Allah. bagaimana dengan kita. adakah kita malu dengan Allah tiap kali kita berdoa? adakah kita malu dengan Allah tiap kali kita ditimpa musibah? malah ada antara kita yang mencarut² memaki² kala bermasalah. pernah dengar erti syabar dan bersyukur? apa guna sabar dan bersyukur? pahala dan redha Allah insyaallah... 

sama² kita perbaiki diri... 

ini untuk diri saya dan rakan² seperjuangan; 
tak malukah kita untuk keluar kembali dari saf tarbiyah sedang baru sahaja 1 tahun Allah campakkan kita di dalam saf ini? 


tak malukah kita untuk tidak berkerja dalam jalan berliku ini setelah 19 tahun (atau lebih) hidup ini sia-sia dengan kejahilan?
»»  seterusnya

Kadang2.....

'kadang2 kita berdoa untuk kuat, tp byk pula dugaan datang,
kadang2 kita minta ketenangan, tp byk pula masalah yang tmbul,
kadang2 kita minta kebahagiaan, tp jadi pula huru hara.
dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir,
huru hara menjadikan kita tabah. "Hebatkan Allah!"

Semuanya yang berlaku ada hikmahnya. kalaulah manusia tahu hadis ini:
'Telah berkata Jibril; Wahai Tuhan, Engkau tunaikanlah hajat hambaMu.'
maka Allah menjawab:'Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya'.
-Anas bin Malik-
»»  seterusnya

Musibah ujian penghapus dosa


LUMRAH kehidupan manusia memang tidak dapat lari daripada menerima ujian.
Setiap ujian yang Allah timpakan kepada manusia mempunyai pelbagai hikmahnya. Allah menguji hamba-Nya dengan penyakit, bencana, kekurangan harta, kematian, kekayaan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa." Begitulah juga sebagai hamba apabila berhadapan dengan ujian dan musibah ia pasti mempunyai pengajaran untuk kebaikan manusia itu sendiri. Musibah yang didatangkan itu bertujuan keampunan daripada dosa. Allah begitu sayang kepada hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak.
Walaupun hamba-Nya banyak melakukan kemungkaran dan dosa tetapi Allah tetap memberi peluang untuk bertaubat. Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah sebagai penghapusan dosa.
Pada masa sama ada keterangan dan ayat yang menyatakan dosa menjadi penyebab datangnya bala. Kalau dilihat sejarah lampau, mengapakah Allah menimpakan azab kepada kaum Nabi Nuh? Pada ketika itu mereka ditimpa ujian banjir besar selama lebih enam bulan. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth di mana Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, manakala yang atas dibenamkan ke perut bumi. Malah kesannya sehingga kini masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan. Lihat pula kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat. Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hinggakan membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan? Pantai yang bertentangan tidak kelihatan kerana luasnya. Begitu juga Firaun yang gah ingin merebut segala gelaran hinggakan mahu menjadi Tuhan. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam keseorangan di dalam laut malah segala kekuasaan, tentera dan gelarannya juga turut sekali lemas. Di sana ada seribu satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa ini berpunca kerana dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya ialah segala ditimpa kepada hambanya yang lemah ini, tetap ada kebaikan walaupun sekali imbas nampaknya amat memilukan. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Ujian ada dua jenis. Pertama namanya bala dan yang kedua ibtila. Ibtila adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk 'ujian' manakala bala ialah bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk 'hukuman'. Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan adalah hukuman kepada mereka yang ingkar. Maka kita perlu sentiasa mengingati setiap tragedi seperti kejadian gempa bumi itu sebagai muhasabah diri. Sama-sama kita bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan. Keinsafan yang dikongsi di sini ialah kita tidak mempunyai kuasa, kita adalah insan lemah dan masih banyak lagi perkara yang 'ghaib' yang gagal dikesan oleh radar dan kecanggihan. Bukan saja tidak sempat bersedia untuk mengelak musibah malah ramalan kita juga tidak tentu tepat dan berkesan. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah yang Maha Kuasa. Sebagai hamba amat malang jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat penyayang. Namun, Allah sangat marah kepada yang ingkar dan tidak ikut petunjuk selepas diberi peringatan. Allah ada peraturan yang mesti diikuti. Kalau orang langgar peraturan jalan raya ada akibatnya, langgar peraturan kerja ada kesannya apatah lagi melanggar peraturan Allah. Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi.
»»  seterusnya

Doa Ketika Sedih

" Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba mu, anak hamba mu dan anak hamba perempuanmu. fikiran ku berada dalam kuasa-Mu, hukum-Mu pasti dilaksanakan atas diriku dan takdir-Mu adil bagi diriku. Aku memohon kepada Mu dengan seluruh nama-Mu yang Engkau beri nama Zat-Mu dengannya,atau Engkau ajarkan kepada salah seorang hamba-Mu,atau Engkau menurunkannya atau Engkau memiliki ilmu ghaib sendiri di sisi-Mu,agar Engkau menjadikan Al-Quran yang mulia ini sebagai penawar hati ku,cahaya dadaku,penebus kesedihanku dan penebus dosa ku "
»»  seterusnya

Jangan Sombong Dengan Takdir


Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan..  Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?
Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.
Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.
Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan   dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja  dapat menjangkau hikmah yang terkandung  di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi  demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah  dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa  nikmat di sisi Allah  itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”
»»  seterusnya




Saat kita diciptakan..,
ALLAH Taala tidak pernah COPY-PASTE.
ALLAH SETTING hidup kita indah.
ALLAH klik MINIMIZE untuk kelemahan kita dan klik MAXIMIZE untuk kelebihan kita. Semua yang baik ALLAH Taala INSERT ke dalam hidup kita.
DELETE dosa kita & SAVE masa depan kita.
ALLAH akan still membawa kita NEXT tanpa BACK kemasa lalu kita.
Bahkan SKIP saat celaka menghampiri kita.
Saat kita perlu, ALLAH Taala sedia HELP untuk QUIT dari masalah kita.
harap hati kita still OPEN & siap untuk di EDIT ..LOve ALLaH
»»  seterusnya

TENANG LAH WAHAI HATI

Hati..
Tenanglah & berbahagialah..
Kerana suatu masa yg dulu hati pernah sedih, derita nobody know..
Bersyukurlah kerana Allah masih beri hati kesempatan utk merasai kebahagiaan itu semula...
Hati walaupun telah dimiliki tp janganlah pernah berpaling pd Allah walau sesaat...
Kerana Allah hati terluka, kerana Allah juga hati bahagia...
Pada hati-hati yg lain yg pernah terluka bersabarlah kerana Allah sedang menguji..
Yakinlah & peganglah dgn janji-janji Allah..
Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita..
Allah uji kita tanda Allah kasih pd kita..
Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..
Setiap apa yg berlaku ada sebabnya..
Manusia merancang dgn cita-cita... TAPI...
Allah merancang dgn cinta..
Bersihkanlah hatimu, kuatkanlah hatimu, tabahkanlah hatimu...
Luahkanlah pd Yang Maha Esa, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang..
Kepadamu aku bersujud...
Permudahkanlah segala urusanku di dunia & di akhirat...
Hanya pd Mu aku bergantung harap...
Hidup cuma sekali dan sekali inilah peluang kita menuju kejayaan di akhirat kelak...
Maafkan hati ini jika hati ini melukakan...
»»  seterusnya